penguinku :P

salji hatiku





















Tuesday, February 14, 2012

babi!

ak ingat lagi masa first ak nak msuk study kat cinie dulu, byk tentangan dri pihak2 tertentu..sebab ak study kesihatan haiwan, so of course la kena pgg babi n anjing semua 2 kan..semua cakap benda 2 haram..tapi xcakap pon di sebalik keharaman 2, ada penyelesaiannya iaitu dgn samak..tapi ak xpaham la persepsi org..ak bukan saja2 nak pgg benda2 tu,kalo saja2 p pgg, 2 xtau la nak cakap mcm ner.. tp nie tuk pelajaran n tuk ilmu pengetahuan yg amat berguna bila jdi vet nnty (Insyaallah) mstila kena blajar kn..babi merupakan ternakan utama kat malaysia nie taw! yg bg income kpd krajaan,kita eksport byk ke luar ngara dging 2..so kesihatan babi2 tu mesti la diberi perhatian n mmerlukan byk bakal2 vet..chewahhh..azam msti mau tinggi beb..

nahhh..ambik baca blog nie, ak copy n paste bg korg baca, spa yg kata pegang babi 2 berdosa..


Mari K.I.T.A dengar dulu kisah lembu dan anjing dan bersama-samalah K.I.T.A ambil iktibar daripadanya...
KISAH LEMBU & ANJING  

Lembu : Hai anjing,apa khabar? Macam ada yang tak kena je? 

Anjing : Aku tengah tension ni.Mau je aku gigit manusia tadi. 

Lembu :eh,kenapa ? 

Anjing : Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki & perempuan yang sedang berkepit.Tetiba si lelaki Terperanjat dan terus melompat dan berkata “hoi anjing!!!Pergi jauh-jauh!!!Najis!!!” 

Lembu : Iya lah. Kau kan haram.Najis tahap berat bagi manusia .Biasalah tu. 

Anjing : Kalau aku najis sekali pun,kalau dia tersentuh aku,boleh disamak kan.Yang dia sentuh & raba -raba awek dia tu apa?Boleh ke nak samak dosa? 

Lembu : Betul tu. Memegang wanita yang bukan mahram tanpa ikatan sah lebih dasyat kenajisannya drpd Memegang kau anjing,malah tak boleh suci sekalipun di samak. 

Anjing : Wah…Ayat ko memang power la. 

ANJING dan BABI adalah makhluk Allah sama seperti kita. Kekuatan manusia adalah pada iman dan akal fikiran.Menilai sesuatu perkara baik dan buruk, kemudian baru tindakan di buat.Ini adalah perbezaan di antara pegang ANJING dan BABI berbanding pegang BUKAN MAHRAM

Sekiranya kita saja PEGANG ANJING atau BABI:
 1) TAK BERDOSA
 2) KENA SAMAK
 3) BERDOSA JIKA KITA MAKAN DAGING

Kalau saja pegang BUKAN MAHRAM pula: 
1) BERDOSA
2) AURAT TIDAK DIJAGA, TENGOK HARAM
3) BERDUA-DUAAN BERPEGANG TANGAN BOLEH TIMBUL FITNAH DAN HARAM 
4) MENGHAMPIRI ZINA YANG BOLEH TERJEBAK DENGAN ZINA YANG KEJI
5) KENA MINTAK AMPUN KEPADA ALLAH DENGAN BERTAUBAT


Bergerombolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan(secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahramnya.” Riwayat Ibnu Majah

Berdasarkan hadith di atas, jelas sekali Islam melarang keras lelaki dan perempuan yang bukan mahram untuk bersentuhan, sehingga dikatakan menyentuh kulit khinzir adalah lebih baik daripada menyentuh kulit orang yang bukan mahram kita. Khinzir tu dah dikira sehina-hina makhluk pada pandangan kita, orang Islam. Tapi lihatlah, ternyata rupa rupanya, ada lagi yang lebih hina daripada tu. Orang yang membiarkan dirinya disentuh oleh orang yang bukan mahram itulah yang ternyata lebih hina daripada khinzir!

Bersentuhan (dengan sengaja dan apatah lagi bertujuan syahwat) antara lelaki dan perempuan bukan mahram tanpa adanya ikatan pernikahan yang sah adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing/ khinzir tidaklah berdosa dan hanya perlu disucikan melalui samak (bukan bertaubat!). Ini kerana, yang diharamkan ke atas kita adalah untuk memakan dagingnya, dan bukanlah menyentuhnya. Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh pasangan bukan mahram yang tidak halal bagi seseorang itulah yang dikira sebagai dosa dan maksiat!

 "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." (HR At-Tabrani dan Baihaqi)

Apapun, semuanya bergantung kepada keyakinan kita kepada Tuhan. Ingat, bukan setakat percaya, tetapi YAKIN! Kita semua percaya Tuhan itu ada. Tapi adakah kita benar-benar yakin bahawa Tuhan itu ada? Kalau jawapan kita "ya", maka kita akan akui dan geruni segala kekuasaan-Nya. Kita akan turuti setiap kemahuan-Nya dan tinggalkan segala larangan-Nya. Kita akan sentiasa ingat, walaupun hanya pasangan kita saja yang tahu apa yang kita buat, tetapi hakikatnya Allah nampak dan tahu setiap sesuatu. Setiap daun yang gugur, dan setiap rasa dalam hati. Semuanya Allah tahu. Dia yang Maha Mengetahui. Ingatlah... Janganlah sesekali kita jadikan diri kita hamba kepada nafsu, tapi biarlah nafsu itu yang menjadi hamba kepada kita!

KETAHUILAH WAHAI WANITA...SEKIRANYA KALIAN SENGAJA MENGIZINKAN ATAU MERELAKAN KEKASIH LELAKI YANG BUKAN MUHRIM MENYENTUH KALIAN...ITU SUDAH CUKUP MEMBUKTIKAN BETAPA MURAHNYA HARGA DIRI KALIAN...DAN TIDAK MUSTAHIL ANDA AKN LAKUKAN LEBIH DARI PADA SENTUHAN KERANA DIRI KETIKA ITU SUDAH HILANG HARGA DIRI...

Islam memandang serius dalam hal pengharaman dalam bersentuhan kerana...bermulanya dr PANDANGAN akan turun ke hati, kemudian akan rasa ingin bersentuhan, ingin belaian kerana terkena panahan Iblis yang mengajak kepada kemungkaran...dan akhirnya berlaku PENZINAAN...

Rasulullah bersabda: mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia(HR Bukhari dan Muslim)

OLEH ITU JAGALAH MARUAH KALIAN ITU DENGAN SEBAIKNYA...

sumber: http://qurratuaini78.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...