penguinku :P

salji hatiku





















Tuesday, March 15, 2011

aku takut+gemuruh

tw x perkara pew yg ak paling tkut+gemuruh??huhuhu


time bler kna wat presentation la...korg pown mcm 2 x??

sinie ak nk bg tips tuk dri ak ng tuk korg sumer yg ada masalah mcm ak gk..

1) Semua orang ada darah gemuruh. Kau pergilah tanya Dato Siti sekalipun. Neves dia tetap ada. Itu normal. Bagaimana nak elak? Just a little deep breath. Tarik nafas dalam-dalam dan present dalam keadaan biasa saja. DON’T EVER SHOW YOUR WEAKNESS IN FRONT OF YOUR AUDIENCE. Sebabnya, depa akan dapat detect kau orang dalam keadaan tak selesa waktu tu.

2) Elakkan dari memegang kertas ketika present. Itu KELEMAHAN PALING BESAR. You see, bila kita gugup, our body shaking. Termasuklah dengan tangan-tangan kau sekali. Kertas yang dipegang menggeletar, and gotcha! Jangan terkejut audien lebih berminat dengan ‘getaran’ kertas kau, berbanding isi kau orang tu!

3) Gunakan cue card. Catat a few points penting dalam cue card. JANGAN MEMBACA KETIKA MEMBUAT PEMBENTANGAN. Itu adalah satu SILAP besar! Fungsi utama cue card adalah memberi signal kepada otak kita untuk menerang pernyataan dengan lebih lanjut. Presentation adalah cara orang yang tak faham menjadi faham dengan penerangan kau. Dengan membaca, ia takkan membantu apa-apa pun selain pensyarah akan jadi beranglah:))

4) Gunakan visual aid ketika present. Gunakan carta bar atau pie untuk menunjukkan figures. Presentation yang baik adalah dengan menunjukkan figures tertentu seperti statistic, jumlah penurunan, graf atau sebagainya. Ia menjadikan presentation korang nampak professional dan lebih accurate berbanding membebel tak tentu hala.

5) Curi tumpuan audien dengan introduction yang memikat. Bukan kata kau kena menari Thai Girl Show cuit-cuit tiang kat depan tu. Takkkk Okay:) Gunakan Intro yang menarik macam dialog dari movies, bertanyakan soalan kepada audiens, atau penayangan video semata-mata mahu grab audiens attention.

6) Lantangkan suara. Jelaskan sebutan ketika present. Jangan present macam siri bercakap dalam kelambu. LOL

7) Jika berlakunya lag ketika membentang (seperti aaaaa…errr…) langkah terbaik adalah ‘pause’ sekejap presentation itu sebelum melihat sekilas cue card korang. Sekilas aje. Jangan tenung lama-lama. Terlalu lama mendiamkan diri, akan mendedahkan lagi kelemahan presentation kita.

8) Kalau gugup nak pandang audien, kau orang boleh pandang pada dahi atau bahu para audien. Eye contact is VERY IMPORTANT. Audien akan rasa dihargai jika dipandang oleh presenter. Buat aksi positif macam mengangguk (nodding) ataupun senyum.

9) Sebelum presentation, eloklah kau orang berlatih depan cermin. Hafal beberapa perkataan atau keyword penting. Cuba lenggokkan bacaan..jangan senada aje. Kang ada kena sound ..."ni manusia ke robot?”

Fuhh..cukuplah 9. Kau orang bukan nak baca pun kalau aku taip berpuluh puluh pun:)

Cuba amalkan, InsyaAllah mujareb! hehehe

Yang penting kena yakin ketika membuat presentation. Yakin itu penting walaupun adakalanya data kita tak accurate. Pesan aku pada budak degree lah ya, kau orang kena yakin dengan findings yang dah kau buat, terutama ketika present thesis akhir semester. Usah gentar kalau judges tu buat muka ketat.

Dia nak test kau orang je tu.

Paling penting jangan nampak 'bodoh' bila buat presentation sebabnya ianya akan membunuh presentation kita itu sendiri. Boleh aje melawak ketika present, tapi jangan sampai terlalu kerap sebabnya ia akan bertukar jengkel.

Anyway, goodluck, selamat mencoba!:)
the most important is " kawal penonton!!!"


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...