penguinku :P

salji hatiku





















Friday, May 6, 2011

PERsahabatan vs PERcintaan

Jangan tinggalkan orang yang kita SAYANG untuk orang yang kita suka, kerana orang yang kita SUKA akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang… Jangan cuba dapatkan apa yang kita sayang tapi SAYANGILAH dengan apa yang kita ada!! Hidup tak perlu terlalu sempurna, tak perlu terlalu kaya, tak perlu terlalu terkenal, tetapi selagi masih ada INSAN yang mengingati, ia sudah lebih dari mencukupi.

Persahabatan yang sejati akan membawa KERINDUAN yang abadi. Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan. Tanpa persahabatan PERCINTAAN akan berakhir tetapi tanpa percintaan PERSAHABATAN boleh kekal. P
ersahabatan juga tak akan dikecewakn oleh insan yg bernama sahabat manakala percintaan akan dikecewakan oleh insan yang bernama kekasih..

Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin..



BERCINTA ITU HARUS BERSAHABAT
BERSAHABAT TIDAK SEMESTINYA BERCINTA

Satu falsafah yang mungkin boleh diingati bersama.Bersahabat memberi kita kebebasan dalam memilih. Bercinta pula kemungkinan membuat kita terkongkong oleh desakan hati.Utamakan persahabatan untuk mencari cinta,di situ mungkin kita dapat kenal siapa orang itu sebenarnya,di situ kita tidak terikat.

Bagi yang belum menemui cinta,janganlah risau kerana segalanya sudah dijanjikan. Jagalah diri sebaik mungkin kerana pasti ada yang terbaik buat kamu. Buat insan yang bergelar sahabat dan diri yang menjadi sahabat,berusahalah jadi sahabat yang terbaik.Jadilah diri sendiri dan saling berkongsi antara suka dan duka.Jangan lupa saling mengingati.

p/s: klau jtuh cinta ngn shbt sndri plez la jgn luahkn..persahabatan lbih brnilai dr pcintaan..itu pndapat ak..korg mcm ner?pe pndpt korg?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...